#MYWorshipCollective – Lighting Up Malaysia With Heart Songs Of The Land

Engkau Lah Yang Layak | Malaysian Worship Collective


Produksi

Lirik & Melodi: Nelster Suaib
Produser Eksekutif: Gina Yap Lai Yoong 
Produser: Phoebe Tsen
Penggubah Muzik: Elisha Tiga
Vokal: Noel Stefanus J Sugara
Suara Latar: Kathy Lum & Nelster Suaib
Piano & Synth: Jayasamry Jaissen Buntang
Gitar Elektrik: Elisha Tiga
Bass: Jude Limus
Dram: Othniel Luke Suinggi
Seruling: Hezekiah Asim
Adunan Muzik: Jude Limus
Video Lirik: Gina Yap Lai Yoong


Mengenai Penulis/Penggubah Lagu

Nelster Suaib dilahirkan dalam keluarga yang percaya pada Tuhan Yesus; dengan kata lain, beliau seorang Kristian sejak dari kecil lagi. Beliau merupakan anak sulung daripada lapan adik-beradik. Beliau berkahwin dengan Wilnah Majintal dan mempunyai seorang anak, Amenoel Nelster. Beliau pernah melayani dan berjemaat di Praise Community Church (AOG), Seri Kembangan, Selangor sebagai pemimpin pujian dan ahli jawatankuasa gereja Bahasa.

Nelster mula berminat dan terpanggil untuk menjadi penulis lagu rohani sejak umur 17 tahun selepas beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan mencipta lagu-lagu rohani di sebuah persekutuan pelajar-pelajar kristian pada tahun 2005. Beliau mempunyai dua lagu yang telah diterbitkan iaitu ‘Berkat Kasih Setia-Mu’ dan “Tuhan Lah Gembala-ku’. Yang terbaru berjudul ‘Engkau Lah Yang Layak’ dirakam dengan kerjasama Malaysian Worship Collective di bawah program Song Maker.


Perjalanan Nelster Suaib Dalam Program Song Maker Anjuran Malaysian Worship Collective

Melalui program Song Maker, saya diajar mempertingkatkan mutu sesebuah lagu menerusi penulisan lirik melodi, dan produksi. Dalam pembikinan lagu, saya belajar cara untuk memantapkan karya saya dari segi melodi, lirik, dan kerohanian - contohnya, doktrin haruslah benar dan alkitabiah. Program ini mengajar teori dan mendorong latihan praktikal yang sangat mencabar tetapi puji Tuhan kerana saya dapat menyiapkan tugas-tugas yang diberikan.

Saya juga belajar bahawa seorang penulis lagu harus ada mentor atau bapa rohani untuk membantu menilai setiap lagu yang saya tulis. Kesimpulannya, program Song Maker ini, saya menilai sebagai satu program yang ingin melahirkan penulis-penulis lagu rohani khususnya di Malaysia dengan mengajar dan melengkapi individual dengan cara yang benar dan berkualiti. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tenaga pengajar yang sudah memberikan masa, tenaga, dan buah fikiran untuk mengajar kami. Semoga segala jerih payah yang ditabur akan membuah hasil dan mengharumkan nama Tuhan kita – Yesus Kristus. Tuhan memberkati.