#MYWorshipCollective – Lighting Up Malaysia With Heart Songs Of The Land

Doa ‘Bapa Kami’ | Malaysian Worship Collective


Produksi

Penerbit Lagu: Four Forty Records
Penulis Lagu: Juwita Suwito
Lirik: Alkitab Versi Borneo © 2015 Borneo Sabda Limited

RAKAMAN LAGU
Produser Eksekutif: Gina Yap Lai Yoong
Produser: Juwita Suwito
Susunan Muzik & Piano: Alena Tan
Vokal & Gitar: Jun
Bass: Benz Samz Lassan
Alat-alat Genderang: Elisha Tiga
Jurutera Audio (Juruadun): Elisha Tiga & Phoebe Tsen
Lukisan & Video Lirik: Gina Yap Lai Yoong
Hak Cipta: Four Forty Records Sdn Bhd


Mengenai Lagu Ini

Untuk sekian lama, doa 'Bapa Kami' yang ada dalam Alkitab (Matius 6:9-13) mengajar kami untuk berdoa. Petikan ini menjadi suatu pengajaran yang penting di gereja di mana pelbagai pelayanan menggunakannya – sama ada untuk pengajian Alkitab, pengajaran sekolah minggu mahupun lafazan ketika beribadah. Lagu ini diberi oleh Tuhan tepat pada waktunya kepada Malaysia supaya kami sebagai anak-anak Malaysia boleh menyembah Nya dalam bahasa kebangsaan kami. Kami juga berharap lagu ini dapat digunakan menerusi pelbagai program dan acara supaya kami lebih rapat dengan Tuhan dalam perjalanan roh kami. Semoga diberkati.

Jika anda berminat untuk menggunakan lagu ini untuk pelayanan, kami menghargai jikalau anda boleh memberitahu kami menerusi emel (worship@fourfortyrecords.com). Kami dengan senang hati akan memberi izin untuk kegunaan gereja. Namun ada baiknya kami tahu bagaimana lagu ini digunakan supaya kami boleh berdoa bersama-sama kamu. Diharap kami boleh bekerjasama. Selamat melayani!