#MYWorshipCollective – Lighting Up Malaysia With Heart Songs Of The Land

8 Lagu Rohani Baharu Dari Program Song Maker 2021
Song Maker BM Poster

Kami, Malaysian Worship Collective, mempersembahkan 8 lagu pujian baharu karya anak Malaysia dari seluruh pelosok negara bersempena dengan sambutan Hari Malaysia 2021.

Kami percaya bahawa Tuhan memberi setiap negara lagu-lagu dalam bahasa ibunda dan suara unik masing-masing – lebih-lebih lagi bagi negara yang majmuk dan berbilang kaum seperti Malaysia.

Kami berharap lagu-lagu ini memberkati anda dan gereja anda. Kami juga menyediakan peluang untuk anda berkenalan dengan penulis-penulis lagu yang melayani Tuhan dalam pelayanan pujian dan penyembahan di komuniti masing-masing. Mari kita menyembah Tuhan bersama-sama!